the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan perlu tingkat kerjasama pelaksanaan Belanjawan 2026 – Ewon

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan agensi pelaksana perlu ditambah baik bagi memastikan semua projek pembangunan di bawah Belanjawan 2026 berjalan lancar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini, projek berskala besar mengambil masa beberapa tahun, selain ada projek yang lewat dilaksanakan atas pelbagai faktor seperti pengambilan tanah.

Justeru, beliau mahu kerjasama lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta agensi pelaksana dan jabatan teknikal agar semua projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan pada tahun semasa.

Ewon turut menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyalurkan peruntukan pembangunan RM6.9 bilion kepada Sabah dan percaya peruntukan itu tidak termasuk projek-projek berskala kecil dan sederhana yang akan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Presiden Parti Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata beliau turut menghargai fokus besar yang diberikan Perdana Menteri untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta jaminan pembiayaan pinjaman RM50 bilion kepada PMKS sebagai satu jumlah yang besar.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Francais Halal 2025 anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan KUSKOP.

Kementeriannya juga mendapat tambahan peruntukan melebihi RM1 bilion tahun depan di bawah belanjawan yang diberikan.

Beliau percaya akan ada lagi inisiatif-inisiatif yang disalurkan kepada kementerian dan menjadikan peruntukan yang dilaksanakan itu lebih besar pada tahun hadapan.

Oleh itu, beliau mengajak rakyat Sabah dan Sarawak untuk terus berkecimpung dalam sektor keusahawanan dan koperasi agar kementerian boleh menyalurkan lebih banyak pembiayaan yang diperlukan untuk mempergiat aktiviti ekonomi di Malaysia Timur. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Anwar lancar dua inisiatif baharu perkuat jaringan keselamatan sosial

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan program Sahabat Penggerak MADANI dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat 3.0 bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memperkasakan komuniti akar umbi.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories