the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan peruntuk RM800 juta untuk bantuan awal persekolahan 2025

Kerajaan peruntuk RM800 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan 2025, dengan RM150 untuk setiap pelajar. Dana segera RM200 juta juga diperuntukkan untuk baiki Sekolah Agana Rakyat dan maahad tahfiz.

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM800 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan sekali beri bernilai RM150 itu untuk semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam.

“Ibu bapa harus pergi ke sekolah sebab ibu bapa perlu pastikan wang itu dibelanja untuk anaknya, dan mereka kena dengar daripada guru masalah anak,” katanya.

Beliau menegaskan ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk menerima bantuan tersebut dan tidak boleh mewakilkannya kepada anak.

Kementerian Pendidikan memaklumkan agihan BAP akan bermula seawal 11 Januari.

Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan dana segera RM200 juta untuk membaiki Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan maahad tahfiz yang daif.

Anwar berkata lebih 300,000 pelajar berada di SAR dan bantuan sebelum ini pernah dibatalkan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia diarah untuk melaksanakan rundingan bagi memperbaiki kemudahan serta meningkatkan mutu kurikulum dan guru di institusi berkenaan.

Peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut dinaikkan kepada RM80 juta berbanding RM50 juta pada tahun lepas.

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pula diperuntukkan RM50 juta untuk pembaikan sekolah yang daif.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories