the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan rancang usaha galak pemasangan sistem solar di hospital kerajaan – Fadillah

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merancang usaha bagi menggalakkan pemasangan dan penggunaan sistem solar di hospital kerajaan menerusi kerjasama dengan pihak swasta dalam menyokong usaha peralihan tenaga di peringkat organisasi berteraskan perkhidmatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rancangan yang merupakan sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Perubahan Tenaga Negara (NETR) itu akan melibatkan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) selain mengambil kira peruntukan kewangan sedia ada.

“Apa yang kita rencanakan (adalah) untuk mereka bekerja dengan pihak swasta sebagai service provider, dengan pihak swasta yang akan pasang (sistem solar), tapi nanti akan ada profit sharing dari segi penjimatan tenaga selain manfaat dalam carbon trading,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sistem penjanaan tenaga solar dengan kapasiti 420 kilowatt bagi fasiliti di bawah IHH Healthcare Malaysia di Pusat Perubatan Prince Court di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata 88 peratus daripada kuota 1,100 megawatt (MW) Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) bagi pemasangan solar di bumbung bangunan untuk pengguna komersial dan industri telah berjaya diagihkan kepada pelbagai pihak setakat ini.

Beliau berkata tumpuan peralihan tenaga ketika ini akan diberikan kepada usaha memanfaatkan potensi sumber tenaga boleh diperbaharui tersedia yang dimiliki negara ini seperti daripada sumber solar, biojisim, biogas dan hidroelektrik.

“Antara sumber tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi, mudah dibangunkan dengan kos yang optimum dan pada berskala utiliti adalah dengan memanfaatkan sumber solar di bumbung premis dan bangunan,” katanya.

Beliau turut memuji usaha IHH Healthcare Malaysia yang memanfaatkan ruang bumbung di kesemua 16 buah hospital di bawah kumpulan syarikatnya di seluruh Malaysia untuk pemasangan sistem solar.

“Inisiatif IHH Healthcare merupakan satu pencapaian penting ke arah komitmen Malaysia terhadap kemampanan dan tenaga boleh diperbaharui sejajar matlamat negara mencapai pelepasan gas rumah hijau ‘net-zero’ menjelang 2050,” katanya.

IHH Healthcare dalam kenyataan memaklumkan setakat hari ini antara rangkaian hospital itu yang telah menjana tenaga solar adalah Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Hospital Pantai Laguna Merbok, Hospital Pantai Klang, Hospital Pantai Cheras, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Hospital Pantai Ampang dan Hospital Pantai Batu Pahat.

Pelancaran sepenuhnya tenaga solar di semua rangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia dijangka selesai menjelang akhir 2025 yang menyaksikan kerjasama strategik bersama Ditrolic Energy, salah satu syarikat pemaju tenaga boleh diperbaharui yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings