the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU

GUA MUSANG: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi pampasan kepada 177 pemilik rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang laluan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU), kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata pampasan itu dibuat atas dasar kemanusiaan kepada penduduk setinggan yang terkesan dengan projek berkenaan.

“Pemilik rumah dan rumah kedai yang terlibat ini adalah mereka yang tinggal di kawasan setinggan tanpa geran di sepanjang laluan projek dari Gua Musang ke Kuala Krai.

“Semalam saya telah membawa isu ini dalam mesyuarat pra-kabinet yang dipengerusikan Menteri Kerja Raya Datuk Sri Alexander Nanta Linggi dan saya memaklumkan elok jika kita membayar pampasan kepada mereka ini,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat Pembinaan Projek Jalan Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Kelantan di Bandar Utama Gua Musang di sini hari ini.

Ahmad Maslan berkata pampasan itu akan dibayar dengan formula tertentu disebabkan perobohan dan perpindahan rumah yang mereka bina.

“Pihak kementerian akan menyelidik dan meneliti pemberian pampasan ini secepat mungkin bagi membantu pemilik rumah serta rumah kedai yang terlibat,“ katanya.

Beliau berkata kementerian akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan dan memberi formula serta pampasan yang perlu diberikan kepada mereka atas dasar kemanusiaan.

“Pampasan ini melibatkan kos jutaan ringgit, namun saya tidak mahu menyebut jumlah yang sebenar dan kita sedang membuat kiraan dan formula tertentu,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings