the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 9, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan tempatkan juruaudit, ketua integriti di semua kementerian

Kerajaan tempatkan juruaudit dan ketua integriti di setiap kementerian untuk pantau prestasi penjawat awam, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia.

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menempatkan juruaudit dan ketua integriti di setiap kementerian bagi memantau prestasi penjawat awam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata isu integriti sentiasa dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet.

“Sebab itu di setiap kementerian kita mempunyai juruaudit dan juga ketua integriti yang menilai penjawat-penjawat awam di setiap kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Rahman menyifatkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebagai jambatan penting yang menghubungkan penjawat awam dengan kerajaan.

“Saya dapati bahawa CUEPACS adalah antara nadi penggerak kepada penjawat awam dan mempunyai sifat yang sangat fleksibel,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories