the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 18, 2025
30 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kes jenayah komersial di Kelantan meningkat dua kali ganda pada 2024

Kes jenayah komersial di Kelantan meningkat kepada 2,016 kes bagi 11 bulan 2024, didorong penipuan e-dagang, siber dan kerja sambilan dalam talian

KOTA BHARU: Kes jenayah komersial di Kelantan mencatatkan peningkatan ketara kepada 2,016 kes bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,014 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanapun, jumlah kerugian keseluruhan bagi tempoh itu menurun daripada RM52.5 juta kepada RM43.6 juta.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata penurunan itu mencerminkan keberkesanan langkah penguatkuasaan, intervensi awal dan usaha kesedaran awam.

Bagi pecahan kes, penipuan e-dagang mencatat peningkatan daripada 193 kes dengan kerugian RM1.68 juta kepada 519 kes melibatkan kerugian RM3.22 juta.

Jenayah siber lain turut menunjukkan trend membimbangkan apabila meningkat daripada 224 kes dengan kerugian RM4.23 juta kepada 516 kes dengan kerugian RM8.47 juta.

Antara yang mencatat lonjakan paling tinggi ialah penipuan kerja sambilan dalam talian, iaitu daripada 74 kes dengan kerugian RM1.57 juta kepada 245 kes melibatkan kerugian RM7.52 juta.

Beliau berkata trend itu menggambarkan perubahan modus operandi yang semakin sofistikated dengan mengeksploitasi ruang digital.

“Polis akan terus memperkukuh strategi pencegahan, memperhebat risikan, memperluas kerjasama antara agensi dan meningkatkan kesedaran awam bagi melindungi kesejahteraan ekonomi masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata pihaknya terus memperkukuh usaha pencegahan ekstremisme dan keganasan menerusi pelaksanaan Projek Leveraging Educator Against Radical Narrative (LEARN).

Beliau berkata inisiatif itu menumpukan ceramah dan libat urus pada peringkat sekolah oleh pegawai perhubungan sekolah.

“Kelantan tidak terkecuali daripada ancaman ekstremisme dan pengaruh pemikiran ganas melalui platform digital,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories