the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes kemalangan sepanjang Tahun Baharu Cina menurun 26 peratus: KPN

KUALA LUMPUR: Kes kemalangan jalan raya yang direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini menurun sebanyak 26 peratus kepada 11,325 kes berbanding 15,382 kes pada tahun lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sepanjang Op Selamat yang bermula pada 28 Jan hingga Sabtu lepas, jumlah kemalangan maut yang dilaporkan juga menurun 19 peratus kepada 108 kes daripada 133 kes pada tahun lepas.

“Angka kematian direkodkan adalah 119 kes berbanding 149 kes tahun sebelumnya, penurunan sebanyak 20 peratus,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata penunggang dan pembonceng motosikal terus menjadi penyumbang utama kes kematian dengan merekodkan 82 kematian.

“Bagaimanapun, angka berkenaan menurun 15 peratus berbanding 97 kematian pada tahun lepas,“ katanya.

Beliau berkata dalam Op Selamat kali ini juga 351 individu telah ditahan menerusi Op Samseng Jalanan dengan 37 daripada mereka didapati positif dadah.

“Seramai 204 individu pula ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan disiasat di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, 308,726 saman dikeluarkan iaitu meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas, manakala 326 kes pecah rumah dicatatkan di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Acryl Sani turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak terlibat dalam operasi dan pengguna jalan raya yang mematuhi peraturan dalam Op Selamat kali ini yang disifatkannya sebagai berjaya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings