the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan – Premier Sarawak

BINTULU: Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke perbincangan di kabinet bagi menilai kesan banjir yang berlaku di seluruh negeri berkenaan, dan jumlah peruntukan mengikut keperluan di semua tempat yang terjejas.

“Apa yang akan kita lakukan, kita akan bincang dalam kabinet tetapi RM10 juta telah saya keluarkan. Takut tak cukup, sebab itu kita akan tambah mengikut keperluan seluruh Sarawak,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.

Semasa di Miri semalam, Abang Johari meluluskan tambahan peruntukan RM10 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi membantu mangsa yang terjejas banjir.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk pihak swasta yang tampil menghulurkan sumbangan kepada JPBN Sarawak.

Selain mengucapkan terima kasih kepada petugas daripada pelbagai jabatan dan agensi yang terus bekerja membantu mangsa banjir, beliau turut mengambil maklum wakil-wakil rakyat telah turun padang melawat kawasan dilanda banjir.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH candidate undaunted by Machap challenge against Johor MB

Nur Hafiz Roslan, the Pakatan Harapan candidate for Machap, remains unfazed by facing Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, citing political history as proof no seat is unbeatable.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings