Thursday, November 13, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kesihatan dan keselamatan pekerja tanggungjawab semua pihak – Dzulkefly

KKM tekankan keselamatan dan kesihatan pekerjaan tanggungjawab bersama kerajaan, swasta dan NGO demi perlindungan pekerja

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) bukan sahaja tanggungjawab bersama pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) malah menjadi keutamaan dalam aspek kesihatan negara, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata setiap pekerja berhak untuk keluar bekerja dan pulang ke rumah dalam keadaan sihat,  sejahtera serta bebas daripada sebarang kecederaan atau penyakit yang berpunca daripada tempat kerja.

“Kalian punya tanggungjawab besar dalam memberikan perlindungan yang besar kepada pekerja dari segi kecederaan dan penyakit. Saya tegaskan bahawa setiap seorang daripada pekerja mempunyai hak untuk dilindungi di tempat kerja, dan itu asas kepada apa yang kita maksudkan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Anugerah MSOSH ) ke-43 di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat.

Dzulkefly berkata pelaburan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sekadar kewajipan undang-undang malah penentu kepada tahap produktiviti dan daya saing sesebuah organisasi.

“Keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab moral berkait dengan keperluan undang-undang malah menjadi sebahagian daripada komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan prinsip alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG),” katanya. 

Dalam konteks Revolusi Industri 4.0, beliau turut menegaskan bahawa kemajuan teknologi membawa bersama risiko baharu kepada pekerja, justeru pendekatan keselamatan perlu disesuaikan dengan keperluan semasa.

“Kita perlu beralih daripada paradigma ‘lapor dan tindak’ kepada pendekatan baharu yang menggunakan ramalan risiko melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analitik data. Ia penting bagi membolehkan syarikat meramal bahaya serta mengurangkan risiko kepada pekerja,” katanya.

Anugerah MSOSH anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia menjadi wadah utama bagi mengiktiraf organisasi dan individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam amalan OSH di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada 1982, Anugerah MSOSH bukan sekadar pertandingan tetapi satu perjalanan pembangunan budaya kerja yang selamat dan sihat merentas sektor industri negara.

Dalam pada itu, Dzulkefly turut menyampaikan Anugerah Tokoh Keselamatan dan Kesihatan Pekerja kepada Shamsul Azri. – Bernama

Related

spot_img

Latest

“Thai Select Festival” brings the authentic flavors of Thailand to Los Angeles

The Department of International Trade Promotion (DITP), Ministry of Commerce of Thailand, hosts the “Thai Select Festival” in Los Angeles, showcasing authentic Thai cuisine, culture, and the Thai SELECT certification through an immersive night market experience.

Rediscover the spark: iShopChangi Singapore makes gifting magical again with Holidays Unwrapped

At Cosmoprof Asia 2025, INDIBA® unveiled the groundbreaking DeepRES R6 — the world’s first 448 kHz Static Radiofrequency system with six Smart RES electrodes. This innovation combines hands-free precision, smart temperature technology, and operator-light efficiency, redefining comfort and performance for beauty and wellness professionals. Designed for larger body areas, DeepRES R6 ensures consistent energy distribution, delivering visible rejuvenation and deep relaxation — marking a new era of seamless, effortless, and limitless radiofrequency care.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories