the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 21, 2025
25.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KKDW peruntuk RM1.5 juta untuk program komuniti di Sungai Rambai

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah peruntuk RM1.5 juta untuk program komuniti dan agenda luar bandar di DUN Sungai Rambai, Melaka.

JASIN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.5 juta bagi penganjuran program komuniti dan agenda luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata peruntukan itu termasuk untuk Mini Karnival Usahawan Desa @ Festival D’Bendang Melaka 2025 di Kem Benteng Negara.

“Kerajaan negeri amat menghargai kerjasama erat KKDW dalam memperkukuh ekosistem luar bandar melalui pembangunan ekonomi, peningkatan kemahiran serta penglibatan aktif komuniti,” katanya.

Beliau yakin pendekatan bersepadu ini akan terus menjadi penanda aras transformasi komuniti luar bandar.

Ab Rauf berkata demikian ketika berucap merasmikan karnival itu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Exco Kanan negeri Datuk Rais Yasin.

Ab Rauf berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk memperkukuh pembangunan kawasan luar bandar agar berkembang secara mampan.

Beliau berkata dalam konteks Sungai Rambai, potensi agropelancongan berasaskan bendang akan terus dipacu.

“Sungai Rambai ini sememangnya indah dengan landskap dan kaya dengan hasil pertanian, khususnya produk berasaskan padi,” katanya.

Beliau menambah karnival ini adalah wadah terbaik untuk mempromosikan kekayaan produk tempatan.

Lebih 100 usahawan dan peniaga tempatan menyertai karnival tiga hari tersebut.

Karnival itu turut menampilkan 42 acara sukan rakyat bagi menghidupkan semula nostalgia.

Related

spot_img

Latest

SIM career fairs: Connecting talent with top employers

The Singapore Institute of Management (SIM) reinforces its commitment to student success through flagship career fairs that connect graduates with leading employers across diverse industries. These initiatives form part of SIM's comprehensive employability ecosystem, Career Connect, which integrates coaching, mentorship, internships, and high-visibility recruitment events.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories