Saturday, November 8, 2025
28.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KKM batalkan notifikasi dua produk kosmetik beracun

Bernama

KKM batal notifikasi JJF Cream Herba dan JF Cream Treatment kerana mengandungi merkuri, hidrokuinon dan bahan terlarang lain.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi dua produk kosmetik selepas dikesan mengandungi racun berjadual.

Produk terbabit ialah JJF Cream Herba yang mengandungi merkuri dan betamethasone 17-valerate, serta JF Cream Treatment yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin.

“Susulan itu, notifikasi kosmetik ini telah dibatalkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” menurut kenyataan kementerian.

Merkuri dilarang dalam kosmetik kerana boleh diserap ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang serta sistem saraf.

Bahan itu juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak dan menyebabkan ruam serta iritasi kulit.

Kosmetik mengandungi bahan berkenaan diklasifikasikan sebagai ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Betamethasone 17-valerate menyebabkan kulit muka menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi serta jerawat.

Hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan, ketidakselesaan dan perubahan warna kulit yang tidak diingini.

Bahan itu juga boleh menghalang proses pigmentasi dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Tretinoin menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, pedih dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama.

Orang awam yang menggunakan produk terbabit dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya.

Mereka disaran mendapatkan nasihat profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Singapore overpower Malaysia 68-39 to set up Kenya rematch in Singlife Nations Cup final

Clinical shooting from Amandeep Chahal and Toh Kai Wei, who converted 88.6% of their attempts, powered Singapore to a 31-18 lead at half-time. Malaysia struggled to find accuracy, sinking just 72% of their shots as Singapore’s defence tightened its grip.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img