the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kota Kinabalu diisytihar zon bencana banjir, jalan utama terjejas

JPBD Kota Kinabalu isytihar bencana banjir, pusat kawalan operasi diaktifkan. Jalan utama tidak boleh dilalui, mangsa di Beaufort meningkat ke 300 orang

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana banjir.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata pengisytiharan dibuat berdasarkan laporan serta maklumat lapangan daripada agensi berkaitan.

Pusat Kawalan Operasi Bencana Kota Kinabalu telah diaktifkan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Orang awam boleh menghubungi talian hotline pusat itu di 088-210 011 atau 088-239 681 untuk maklumat atau aduan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan beberapa jalan di Kota Kinabalu tidak boleh dilalui akibat banjir kilat.

Jalan terjejas termasuk Jalan Tongkuzu, Jalan Ulu Kionsom 1, Jalan Undan, Jalan Likas Industries, Jalan Rampayan dan Jalan Gudon.

“Setakat ini tiada jalan alternatif yang boleh dilalui pengguna jalan raya,” menurut JKR.

Pengguna jalan raya diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak menggunakan jalan terbabit.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa dipindahkan di Beaufort meningkat kepada 300 orang.

Mangsa berkenaan daripada 108 keluarga itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

Sebanyak tujuh kampung dilaporkan terjejas banjir di daerah Beaufort.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings