the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir meningkat di Sabah dan Sarawak, Johor kekal

Mangsa banjir di Sabah naik kepada 513 orang, Sarawak 166 orang, manakala Johor kekal 50 orang di pusat pemindahan pagi ini

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sabah dan Sarawak meningkat sedikit pagi ini manakala di Johor kekal.

Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 513 orang daripada 177 keluarga berbanding 510 orang semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, 338 orang daripada 120 keluarga masih di PPK Dewan Selagon, Beaufort.

Seramai 158 orang daripada 53 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau di Kota Kinabalu.

Kota Belud menjadi daerah terbaru terjejas dengan sebuah PPS dibuka di Dewan Kampung Lentigi yang menempatkan 17 mangsa.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa kawasan pedalaman Sabah pada pagi, petang dan malam ini.

Di Sarawak, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri meningkat kepada 166 orang.

Jumlah itu melibatkan 53 keluarga berbanding 47 orang daripada 18 keluarga pada petang semalam.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor kekal 50 orang daripada 15 keluarga setakat pagi ini.

Mereka ditempatkan di dua PPS di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata dua sungai di negeri itu berada pada paras amaran.

Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat mencatat bacaan 8.41 meter manakala Jeti Sungai Tekam, Segamat pada 3.76 meter.

Cuaca semua daerah di Johor dilaporkan cerah pagi ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings