the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 21, 2026
25.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPDN gubal lemon law, akta e-dagang tahun ini untuk lindungi pengguna

Kementerian KPDN akan gubal lemon law dan akta e-dagang tahun ini antara lima kluster reformasi undang-undang bagi perkasa perlindungan pengguna.

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menggubal serta meminda beberapa undang-undang utama tahun ini bagi memperkukuh perlindungan pengguna.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata antaranya ialah penggubalan peruntukan berkaitan Lemon Law di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Lemon Law akan menetapkan prosedur penyelesaian pertikaian tuntutan tebus rugi bagi pembelian kenderaan baharu.

“Kita sudah ada undang-undang berkaitan tetapi masih ada kelemahan yang perlu kita tangani,” katanya pada sidang media di sini.

Armizan berkata pihaknya juga akan menggubal atau meminda undang-undang berkaitan e-dagang bagi menangani peningkatan aduan pengguna.

Ini bagi memastikan ekosistem e-dagang yang lebih kondusif dan mampan.

“Kita melihat apakah bentuk kawal selia yang kita perlu lakukan supaya kepentingan pengguna dapat kita lindungi,” jelasnya.

Kedua-dua perkara itu adalah antara lima kluster reformasi undang-undang dan institusi KPDN yang disasarkan untuk dibentang di Parlimen tahun ini.

Pihaknya juga akan meminda Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 bagi memperkukuh kawal selia.

Usaha ini bagi melindungi pengguna daripada penipuan dan eksploitasi skim pelaburan berisiko.

Selain itu, Undang-Undang Harta Alih Kepentingan Bercagar akan digubal bagi mewujudkan sistem pendaftaran untuk kepentingan bercagar.

KPDN turut akan meminda Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 bagi memperkasa kuasa kawal selia.

Pindaan ini bertujuan memerangi kartel atau monopoli bermasalah dalam pasaran.

Armizan berkata KPDN memberi fokus untuk menterjemahkan segala perancangan kepada pelaksanaan pelan tindakan tahun ini.

Usaha itu membabitkan tiga indikator iaitu blueprint, footprint dan imprint.

Ini bermakna dasar dan pelan akan dilaksana dalam bentuk inisiatif, program serta penguatkuasaan.

Hasilnya boleh diukur melalui petunjuk prestasi, kestabilan harga dan penyertaan rakyat.

“Bagi tahun 2026, gerak kerja hala tuju ini dianjakkan dengan menggariskan tiga indikator untuk memastikan aspirasi rakyat dimaknai,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories