the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Johor kenakan kompaun RM676,250 kepada 2,113 peniaga

KPDN Johor kesan 2,113 kesalahan peniaga dengan kompaun RM676,250, termasuk kesalahan tanda harga dan alat timbang tidak ditentusahkan.

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM676,250 kepada peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan setakat 24 November.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata ia membabitkan 1,671 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan 442 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

“Kompaun bagi AKHAP adalah sebanyak RM561,050 dan RM115,200 untuk kes ATS,” katanya selepas melancarkan Program Pasar Patuh (3P) Peringkat Negeri di Pasar Awam Taman Perling.

Tindakan tersebut melibatkan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga dan tidak menggunakan alat timbang sukat yang telah ditentusahkan.

Data itu menunjukkan komitmen berterusan KPDN Johor dalam memantau dan memastikan kepatuhan peniaga di seluruh negeri.

Beliau menasihati peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang sebagai pelaburan jangka panjang membina kepercayaan pengguna.

Mengenai langkah memastikan bekalan makanan mencukupi semasa musim monsun timur laut, Lilis Saslinda berkata libat urus bersama pelbagai pihak termasuk pembekal sentiasa dilakukan.

Kementerian telah mengarahkan pembekal menyimpan 30% bekalan makanan sebagai persediaan menghadapi musim monsun.

“Kita sentiasa memastikan barangan keperluan dan barang kawalan tidak terputus bekalan,” katanya.

Orang ramai dinasihati menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kekurangan bekalan di kawasan mereka ketika musim monsun. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings