the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPM tingkat kesiapsiagaan banjir pastikan kelancaran peperiksaan SPM

KPM sedia pusat peperiksaan alternatif dan pengangkutan khas bagi memastikan 413,000 calon SPM tidak terjejas akibat banjir dan cuaca ekstrem.

KENINGAU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menduduki peperiksaan dengan selamat dan teratur meskipun berdepan banjir.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan kementerian tidak akan membiarkan mana-mana calon tercicir hanya kerana bencana seperti banjir, tanah runtuh atau fenomena cuaca ekstrem.

“Kehadiran anak-anak kita menjadi keutamaan untuk memastikan SPM berjalan lancar,” katanya selepas meninjau hari pertama peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau.

Seramai 413,000 pelajar di seluruh negara menduduki peperiksaan SPM yang bermula hari ini.

Fadhlina mengakui wujud cabaran di beberapa negeri akibat banjir tetapi menegaskan semua persiapan berjalan lancar dengan kerjasama agensi terlibat.

Kementerian telah mengambil langkah segera dengan menyediakan pusat peperiksaan alternatif, pengangkutan khas dan penempatan sementara bagi pelajar di kawasan terjejas banjir.

KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah turut menjalankan pemantauan rapi terhadap keadaan sekolah bagi memastikan keselamatan bilik peperiksaan.

“Kita juga memastikan kelengkapan seperti meja, kerusi dan bekalan elektrik berada dalam keadaan baik sepanjang peperiksaan,” tambahnya.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin berkata pihaknya telah melantik 3,482 petugas termasuk 732 sukarelawan bersiap siaga bagi memastikan kelancaran peperiksaan.

Peratusan sukarelawan tersebut memenuhi garis panduan Lembaga Peperiksaan iaitu 21%.

Peperiksaan SPM kali ini turut melibatkan 232 pelajar berkeperluan khas dengan semua kemudahan sokongan disediakan.

Peperiksaan bertulis SPM 2025 bermula dengan Bahasa Melayu Kertas 1 diikuti Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu Kertas 2. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories