the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir Sarawak berkurangan, 10 pusat pemindahan masih aktif

Bilangan mangsa banjir di Sarawak turun kepada 1,773 orang, dengan 10 pusat pemindahan sementara masih beroperasi di empat kawasan.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan setakat pagi ini.

Seramai 1,773 mangsa daripada 560 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,822 mangsa petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan 10 PPS masih aktif setakat ini.

Pusat-pusat itu beroperasi di kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.

PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian menempatkan paling ramai mangsa iaitu 448 orang daripada 131 keluarga.

Dewan Masyarakat Serian pula menempatkan 325 mangsa daripada 94 keluarga.

Manakala PPS Dewan Suarah Bintulu menempatkan 306 mangsa daripada 114 keluarga.

PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh pula menempatkan 164 mangsa daripada 53 keluarga.

Bencana banjir di negeri ini bermula pada 31 Disember tahun lepas.

Kejadian itu berpunca daripada hujan lebat berterusan yang melanda beberapa kawasan sekitar Kuching.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings