the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 9, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPT selaras bantuan RM500 untuk pelajar Indonesia di Malaysia, pelajar Malaysia di Aceh

KPT selaras bantuan RM500 untuk pelajar Indonesia di Malaysia terkesan bencana Aceh, juga tumpu kebajikan pelajar Malaysia di wilayah berkenaan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyelaras proses pendaftaran dan penyaluran bantuan sebanyak RM500 seorang kepada pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan susulan bencana yang melanda wilayah Aceh dan Sumatera Utara.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata langkah itu selaras dengan pengumuman kerajaan hari ini.

“KPT juga akan memastikan semua proses dilaksanakan secara teratur bagi meringankan beban yang ditanggung mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry berkata KPT menyambut baik dan menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keputusan kerajaan menyalurkan bantuan segera kepada pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan.

Beliau berkata sebagai sebuah negara jiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan sejarah persaudaraan yang akrab, KPT menyokong penuh usaha itu dalam memastikan kebajikan pelajar diberi perhatian, terutama ketika mereka berdepan situasi getir jauh daripada keluarga.

Zambry pada masa sama berkata KPT turut memberi perhatian kepada pelajar Malaysia di Aceh, termasuk pelajar yang menuntut di beberapa institusi pendidikan di wilayah itu.

Beliau berkata bagi menjamin keselamatan dan kebajikan mereka, KPT akan menyalurkan bantuan khusus termasuk bantuan kewangan RM500 seorang serta sokongan tambahan mengikut keperluan semasa.

Menurut Zambry, KPT juga memutuskan agar satu bentuk bantuan khusus turut dipanjangkan kepada kumpulan pelajar Malaysia yang terkesan, selaras dengan semangat kepedulian yang dizahirkan Kerajaan MADANI.

“KPT kini sedang berhubung rapat dengan pihak Education Malaysia (EM) di Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan senarai lengkap pelajar Malaysia di Aceh dan menilai tahap keperluan mereka.

“Tindakan susulan akan diambil segera termasuk penyelarasan bantuan kewangan sebanyak RM500 seorang serta apa-apa bantuan tambahan yang diperlukan,” katanya.

Zambry berkata KPT turut mendoakan keselamatan semua pelajar Malaysia dan rakyat Indonesia yang terlibat dalam bencana itu, dan diberikan kekuatan menghadapi ujian itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Jaecoo J5 teased, imminent launch to tantalise the X50 and HR-V

Omoda | Jaecoo Malaysia previewed the hotly anticipated Jaecoo J5 around five months ago with registrations of interest following suit around a month ago. Now, it has dropped a short video teaser on Facebook so you better prepare for things to heat up in the competitive B-segment SUV sector.It measures in at 4,380mm long, 1,860mm wide and 1,650mm tall while the wheelbase is 2,620mm. That last bit of digits is the most significant, as it makes the Jaecoo 10mm longer than the Chery Tiggo Cross and Honda HR-V while that grows to 20mm longer than the segment’s best-seller, the Proton X50.
spot_img

Popular Categories