Tuesday, October 28, 2025
30.3 C
Malaysia
spot_img

KPT serah budi bicara UMS selaras tarikh konvokesyen untuk PRN Sabah

The Sun Webdesk

KPT serahkan budi bicara kepada UMS berhubung penyelarasan tarikh konvokesyen bagi memberi laluan kepada PRN Sabah, kata Menteri Zambry Abdul Kadir.

LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada budi bicara Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung keputusan menyelaraskan semula tarikh majlis konvokesyen universiti itu.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu wajar kerana tarikh pengundian bertindih dengan hari konvokesyen universiti berkenaan.

“Biasanya pihak kementerian kita tidak mencampuri urusan dari segi konvokesyen kerana mereka (universiti) yang menetapkan dan mereka mempunyai alasan kerana ia (konvokesyen) ada beberapa hari dan satu daripada hari itu jatuh pada hari pengundian,” katanya.

Beliau berkata UMS tidak mahu dituduh tidak memberi hak dan kebebasan kepada pengundi yang terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah untuk mengundi.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) 2025 di sini.

Pada 18 Oktober lepas, dilaporkan konvokesyen UMS yang pada mulanya dijadualkan pada 29 November ditunda sehari ke 30 November.

Keputusan tersebut diambil bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang dijadual pada 29 November.

UMS dalam kenyataan memaklumkan ia menghormati dan memberi ruang kepada warga universiti, graduan serta masyarakat umum untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata Malaysia sedang membangunkan kurikulum baharu dalam bidang kesihatan planet.

Beliau berkata ia menjadikan Malaysia negara pertama di ASEAN mempelopori bidang yang menghubungkan kesihatan manusia dan kesihatan planet.

Bidang itu akan diterajui oleh kumpulan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN).

“Ini merupakan satu bidang baharu yang dibangunkan. Beberapa hari yang lepas, kumpulan ini telah pun bersidang dan mereka akan mengemukakan satu cadangan besar kepada negara,” katanya.

Pada 8 Oktober lepas, Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa sempena Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2025 di Rotterdam.

Pengiktirafan itu diterima menerusi PTKPN yang menggariskan hala tuju Malaysia ke arah kelestarian bumi dan masyarakat lebih sihat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Maybank Championship 2025: An ASEAN Story of Sport, Culture and Purpose

The Maybank Championship returns to the Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) for its third edition from 30 October to 2 November 2025. Once again, the region's premier golf event brings together world-class competition and a vibrant showcase of ASEAN culture, creativity, and community spirit within the lively grounds of the Maybank Village.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img