the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kuala Lumpur anjur perlumbaan sulung Kejuaraan Dunia FIM Supercross

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Kuala Lumpur akan menganjurkan perlumbaan Kejuaraan Dunia Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Supercross 2025 di Stadium Merdeka, di sini, 18 Okt ini.

Lebih istimewa, FIM dalam satu pengumuman malam tadi memaklumkan, Kuala Lumpur yang menjadi satu-satunya destinasi perlumbaan berlangsung di benua Asia dipilih untuk membuka tirai perlumbaan bagi saingan itu.

Selain Kuala Lumpur, perlumbaan juga dijadual berlangsung di empat lagi lokasi lain di setiap benua iaitu Buenos Aires, Argentina (8 Nov); Vancouver, Kanada (15 Nov); Gold Coast, Australia (29 Nov) dan berakhir di Cape Town, Afrika Selatan (13 Dis).

Ketua Pengarah Eksekutif Data Sukan Sdn Bhd Shamil Yusof berkata pihaknya yang membawa masuk perlumbaan itu ke Malaysia, berharap dapat memberikan pengalaman mendebarkan kepada peminat sukan bermotor dan memartabat Malaysia di persada dunia.

“Sebagai satu-satunya negara Asia yang menjadi tuan rumah acara berprestij ini, kami amat berbangga untuk menunjukkan keupayaan Malaysia dalam menganjurkan kejuaraan bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi kenyataan sama, Pengarah FIM Motocross Commission Antonio Alia Portela pula gembira membawa saingan supercross lebih jauh ke seluruh dunia dan mencipta detik mengujakan di setiap benua.

Orang ramai yang berminat untuk merasai pengalaman menonton kejuaraan berkenaan boleh layari laman web https://wsxchampionship.com/ untuk akses tiket prajualan dan butiran lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings