the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 24, 2026
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kurangkan gula, amalkan pemakanan sihat – PM Anwar

PM Anwar Ibrahim seru rakyat kurangkan pengambilan gula, cadang hadkan minuman bergula di hospital dan jamuan kerajaan bagi tangani kadar diabetes tertinggi di Asia.

BUTTERWORTH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula memandangkan Malaysia antara negara yang mencatat kadar diabetes tertinggi di Asia.

Beliau berkata tabiat pemakanan tidak sihat khususnya pengambilan gula yang tinggi menjadi antara punca utama peningkatan masalah kesihatan awam.

Ini sekali gus memberi tekanan kepada sistem perubatan negara.

“Penggunaan gula di Malaysia ini antara tertinggi di Asia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran blok baharu Hospital Seberang Jaya di Perai.

Anwar berkata kerajaan membelanjakan sejumlah besar untuk perubatan tetapi amalan pemakanan sihat perlu diperkukuh agar rakyat tidak terdedah kepada pelbagai penyakit.

Kempen kesedaran mengenai pengurangan gula perlu dipertingkatkan termasuk melalui penyediaan pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat di hospital serta premis kerajaan.

Beliau juga mencadangkan supaya minuman bergula dikurangkan di semua hospital.

Jamuan rasmi kerajaan turut disediakan dengan kandungan gula minimum sebagai langkah mendidik masyarakat.

Hospital dan klinik juga wajar memainkan peranan lebih aktif dengan memaparkan poster serta mesej kesihatan yang jelas.

Ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya pengambilan gula secara berlebihan.

Mengenai blok baharu Hospital Seberang Jaya, Perdana Menteri berkata ia penambahan penting bagi memperkukuh kapasiti perkhidmatan kesihatan di Seberang Perai dan kawasan sekitar.

Ia sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan mutu rawatan lebih berkesan, segera dan dekat dengan rakyat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

HOKA Launches First Online Store on Shopee Malaysia, Bringing Iconic Comfort and Performance to Local Shoppers

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 24 January 2026 - HOKA makes its debut on Shopee Malaysia with its first Shopee Brand Day on 26 January. Renowned globally for their signature “walk-on-cloud” cushioning, unrivalled comfort, and stand-out designs, fitness enthusiasts can now shop from a curated, diverse range of authentic HOKA shoes exclusively on Shopee Mall.
spot_img

Popular Categories