the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lans Koperal dipenjara 10 tahun, denda RM10,000 sebabkan buruh cedera parah

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dipenjara 10 tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan cedera parah dengan niat mendatangkan kematian seorang buruh, lima tahun lepas.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Baxter Kisar, 32, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki yang berasal dari Sabah itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Baxter didakwa melakukan perbuatan itu terhadap A.Krishnan, 38, di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Rampai Niaga, Sri Rampai, Wangsa Maju di sini, antara 5 pagi dan 5.45 pagi, 18 Julai 2017, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan sekiranya perbuatan itu menyebabkan kecederaan maka boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.

Seramai 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula Oktober 2019.

Di mahkamah sama, jurujual kereta terpakai M.Manimaran, 36, dipenjara 10 tahun dan didenda RM10,000 selepas didapati bersalah menyebabkan kematian pelanggan restoran, P.Logan Nathan yang ketika itu berusia 27 tahun.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula hari ini dan tertuduh juga perlu menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Manimaran didakwa bersama dua lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Jalan Telawi 2, Bangsar di sini, pada 2.23 pagi, 23 Mac 2010, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan didenda.

Terdahulu, peguam George Goh dan Ashok Kandiah, masing-masing mewakili Baxter dan Manimaran memohon penggantungan hukuman penjara dan denda memandangkan anak guam mereka akan merayu terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi.

Ashok turut memohon hukuman ringan atas alasan Manimaran kesal kerana melibatkan diri dalam pergaduhan hanya untuk menolong rakannya dan dia memberi kerjasama baik kepada pihak polis selama 10 tahun sejak ditangkap sehingga pertuduhan dikenakan terhadapnya selain tidak mempunyai sabitan lampau.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri membantah permohonan peguam atas alasan tidak wujud sebarang keadaan istimewa yang mewajarkan penggantungan kedua-dua hukuman itu dan anggapan tidak bersalah juga tidak lagi wujud memandangkan mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh bersalah.

Mahkamah menolak permohonan penggantungan hukuman bagi kedua-dua kes itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings