the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 23, 2026
19.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Larangan permainan dalam talian bukan penyelesaian keselamatan kanak-kanak

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching kata ciri keselamatan dalam platform lebih penting daripada larangan permainan seperti Roblox

KULAI: Tindakan melarang permainan dalam talian seperti Roblox tidak akan menyelesaikan isu keselamatan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata isu itu lebih berkesan dibendung sekiranya platform permainan mempunyai ciri keselamatan khas.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan bersama Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM Dr Farah Nini Dusuki baru-baru ini.

“Tindakan larangan itu melarang mereka agar langsung tidak boleh main, mungkin itu bukan cara yang paling bagus,” katanya.

“Bagaimana kita hendak pastikan bahawa platform itu selamat, adalah dengan memastikan bahawa ada ciri keselamatan,” jelas Teo selepas merasmikan tandas baharu di Hospital Seri Maharaja Tun Ibrahim.

Beliau mengulas isu keselamatan kanak-kanak melibatkan permainan dalam talian termasuk Roblox.

Teo mengulangi komitmen kementeriannya untuk terus membendung isu itu melalui libat urus dengan pihak berkepentingan.

Usaha itu perlu melibatkan penyedia platform, aktivis, badan bukan kerajaan dan pihak berkaitan.

Pada 27 Oktober, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Batu Pahat cedera parah dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun.

Kejadian itu dipercayai akibat pengaruh permainan dalam talian Roblox.

Teo juga menyempurnakan penyerahan projek pembinaan dua unit tandas awam mesra OKU di hospital berkenaan.

Kos projek tersebut ialah RM90,000.

Pejabat parlimen Kulai telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM483,841 kepada hospital itu sejak 2019. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Myanmar man jailed 13 years for running fake passport syndicate

A Myanmar national was sentenced to 13 years and seven months in jail for possessing forged passports and UNHCR cards, highlighting a crackdown on document forgery syndicates.

FMOS resolves over 2,200 financial disputes, saving consumers RM1.24 million

Financial Markets Ombudsman Service has resolved 2,268 complaints since its launch, including 83 health insurance cases that saved consumers an estimated RM1.24 million in potential legal costs.

Most Viewed

Arthur Kurup to lead Sabah BN into next general election

Arthur Kurup's appointment as Sabah BN chairman aims to revitalise the coalition and strengthen ties with the state's ruling Gabungan Rakyat Sabah ahead of the 16th general election.
spot_img

Popular Categories