the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan negara Agong buka lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia-Bahrain

Lawatan negara Agong ke Bahrain pererat hubungan diplomatik, dengan komitmen kerjasama jangka panjang antara kedua negara

MANAMA: Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Bahrain yang berakhir malam tadi, membuka lembaran baharu dalam hubungan persahabatan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara. 

Keakraban Seri Paduka Baginda dengan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, terserlah sepanjang tiga hari lawatan, sekali gus memberi petunjuk positif untuk memperluas kerjasama dan memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia-Bahrain.

Dalam titah ucapan pada Majlis Santapan Negeri di Istana Sakhir, Sultan Ibrahim menggunakan istilah ‘brother’ (kekanda) ketika merujuk kepada Raja Hamad, sebagai tanda kasih sayang dan penghormatan tinggi, antara kedua-dua pemimpin.

“Tuanku, kekandaku, walaupun saya berada jauh dari tanah air, saya tidak pernah terasa jauh di Kerajaan Bahrain yang indah ini. Bagi saya, Bahrain bagaikan rumah sendiri.

“Saya tidak pernah menyangka akan menemui seseorang di bahagian dunia ini yang benar-benar boleh saya panggil sebagai kekanda. Bahrain bukanlah asing bagi Malaysia. Kita berkongsi persamaan, saling menghormati, serta semangat persaudaraan,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa Malaysia dan Bahrain saling menghormati serta berkongsi nilai, aspirasi dan komitmen terhadap keamanan, kesejahteraan serta kemajuan rakyat masing-masing. 

Raja Hamad dalam titah balas baginda menzahirkan komitmen Bahrain untuk menjadi rakan strategik jangka panjang kepada Malaysia, dengan mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

“Tuanku dan negara Tuanku telah menjadi saudara serta sekutu setia kepada Bahrain, dan sebagai penghargaan atas kunjungan Tuanku ini, saya dengan tulus berharap agar persahabatan kita akan terus berkembang dan makmur pada tahun-tahun yang akan datang,” titah Raja Hamad.

Lawatan ke Bahrain merupakan lawatan negara keenam Seri Paduka Baginda selepas Singapura, China, Brunei, Rusia dan Arab Saudi.

Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong pada Khamis disambut penuh gilang gemilang oleh Raja Hamad, termasuk beberapa program istimewa yang buat julung kalinya diberikan kepada ketua negara asing.

Antara pengisian lawatan ialah kunjungan dan upacara di Tugu Peringatan Syuhada’, sebuah lokasi penting dalam sejarah Bahrain yang terletak berdekatan Istana Sakhir, serta sambutan besar-besaran ketika melawat ke Kementerian Dalam Negeri Bahrain (Kubu Polis). 

Deretan Jalur Gemilang dan bendera Bahrain turut berkibar megah di sepanjang jalan utama bandar raya ini, termasuk di Istana Sakhir, bagi meraikan keberangkatan Seri Paduka Baginda.

Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam lawatan ini, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj selain Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Yang di-Pertuan Agong berangkat pulang ke tanah air pada Sabtu dengan pesawat khas dari Lounge Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, Muharraq pada 8 malam (1 pagi waktu Malaysia).

Tahun lepas, nilai perdagangan dua hala Malaysia–Bahrain berjumlah RM1.19 bilion (USD$0.26 bilion), menjadikan Bahrain rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-11 dan sumber import kelapan terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

SumiSaujana eyes regional growth as shareholders endorse strategy

The group remains cautiously optimistic on the oil and gas sector, buoyed by stable upstream activity across key Asian markets and steady demand for specialty chemical solutions, as shareholders approved all resolutions tabled at its second AGM.

VEC forges strategic partnerships with leading industry players to advance international exhibitions and events...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vietnam Exposition Center (VEC) has signed strategic Memoranda of Understanding (MOUs) with leading partners in the exhibition, events, and trade promotion sectors, including Informa Markets, NC Network, Exporum, Vinexad, Chaoyu Expo, and the Vietnam Exhibition & Convention Association (VECA).

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings