the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 140,000 pelancong mendarat di Melaka melalui kapal persiaran mewah

Seramai 143,218 pelancong mendarat di Melaka melalui enam kapal persiaran mewah sejak November lalu, dengan terminal baharu dalam pembinaan

MELAKA: Seramai 143,218 pelancong telah mendarat di negeri ini melalui kapal persiaran mewah sejak November tahun lepas hingga Oktober lalu.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata ketibaan itu melibatkan enam kapal persiaran.

Kapal-kapal tersebut ialah Genting Dream Cruise, Seven Sea Voyager Cruise, Riviera Cruise, Star Voyager Cruise, Regatta Cruise dan Nautica Cruise.

Berdasarkan rekod Bahagian Promosi Pelancongan, seramai 249,829 pelancong telah menaiki kapal persiaran ke Melaka.

Namun, hanya 143,218 orang yang turun mendarat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan di sidang Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri.

Soalan itu membabitkan jumlah pendaratan pelancong kapal persiaran setiap bulan sejak 2024.

Mengenai pembinaan Terminal Cruise di Pulau Melaka, Abdul Razak berkata kerja pembangunan telah bermula.

Kemajuan fizikal setakat ini adalah sekitar 5% termasuk pemasangan 60 cerucuk bagi struktur asas terminal.

“Kerajaan negeri menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana syarikat yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau menambah segala pelanggaran akan dikenakan tindakan sewajarnya tanpa kompromi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories