the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki maut kereta dinaiki dihanyutkan arus banjir di Tawau

Seorang lelaki maut manakala tiga lagi selamat selepas kereta pacuan empat roda dihanyutkan arus banjir di Kampung Sungai Udin, Tawau.

TAWAU: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi selamat selepas kereta dinaiki dihanyutkan arus banjir di Kampung Sungai Udin, Merotai di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.34 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sebuah kereta pacuan empat roda dihanyutkan ketika cuba meredah banjir di kampung tersebut.

BACA: Wanita lemas, adik lelaki hilang dihanyut arus di Pantai Sura Tengah

“Menurut pengadu, kenderaan itu membawa dua penunggang motosikal bersama motosikal masing-masing pada bahagian belakang,” katanya.

Kenderaan itu melalui kawasan banjir sebelum dihanyutkan arus.

Pasukan bomba tiba di lokasi sejauh 47 kilometer itu pada 10.47 malam.

Mereka mendapati terdapat empat mangsa lelaki terlibat termasuk dua penunggang motor.

Tiga mangsa berjaya diselamatkan manakala seorang mangsa, iaitu penunggang motosikal, dilaporkan hilang.

Jemishin berkata mangsa yang hilang itu ditemukan meninggal dunia oleh pekerja ladang kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa ditemui pada 7.15 pagi.

Mangsa dibawa keluar oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 8.44 pagi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

Paymentology releases Quick Start Guide to successfully launch card programmes in the Philippines

MANILA, PHILIPPINES - Media OutReach Newswire - 9 January 2026 -Paymentology, the leading global issuer processor, has shared a new 'Quick Start Guide' that gives fintechs, banks and brands a clear route to launching card programmes in the Philippines.
spot_img

Popular Categories