the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Orang Asli cedera ditarik gajah ke dalam gaung di Gerik

Seorang lelaki Orang Asli cedera muka dan badan selepas ditarik gajah ke gaung di Gerik semasa mencari hasil hutan bersama adik dan rakan

GERIK: Seorang lelaki Orang Asli cedera pada bahagian muka dan badan selepas ditarik seekor gajah ke dalam gaung di Jalan Kampung Pengkalan Permai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.26 petang semalam.

Siasatan mendapati kira-kira 9.30 pagi, dua buah motosikal ditunggangi tiga lelaki Orang Asli keluar untuk mencari hasil hutan.

Penunggang motosikal pertama yang berusia 34 tahun ternampak seekor gajah di tepi jalan dan memecut laju untuk melintasinya.

Adik lelakinya yang berusia 30 tahun bersama seorang rakan yang menumpang di belakang tidak sempat melepasi gajah tersebut.

Mereka memberhentikan motosikal untuk menyelamatkan diri tetapi gajah secara tiba-tiba menarik penunggang motosikal kedua.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh terus ke dalam gaung manakala pemboncengnya sempat melarikan diri.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan sakit pada badan.

Mangsa telah dirujuk ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Abdul Samad berkata penunggang motosikal pertama dan pembonceng motosikal kedua tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories