the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki pukul isteri hingga cedera semata-mata kerana tutup pintu dengan kuat ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan semasa bertengkar, dikatakan semata-mata kerana marahkan isterinya itu kerana menutup pintu dengan kuat di rumah mereka di Taman Maju Jaya, Ampang di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pengadu yang berumur 40 tahun itu mengalami lebam pada badan di samping kecederaan pada bahagian kaki dan tangan, dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi itu.

Beliau berkata suspek berusia 45 tahun ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 5.25 petang semalam, dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan, dan di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

“Permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Ampang dipohon hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings