the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Letupan kompresor di universiti swasta: 10 mangsa, seorang maut

Letupan kompresor penyaman udara di HELP University, Bukit Damansara mengorbankan seorang pekerja kontraktor, mencederakan sembilan lagi termasuk pelajar.

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontraktor maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di HELP University, Bukit Damansara pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata jumlah mangsa meningkat kepada 10 orang, dengan seorang daripadanya disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Mangsa yang maut itu ialah lelaki tempatan berusia 24 tahun yang bekerja dengan syarikat kontraktor penyaman udara.

Lapan mangsa lain adalah rakyat tempatan manakala dua lagi warga asing.

Daripada lapan warga tempatan, dua mengalami kecederaan parah manakala lima lagi cedera ringan.

Lima yang cedera ringan itu terdiri daripada dua penuntut lelaki, dua penuntut perempuan dan seorang juruteknik.

Dua warga asing terlibat ialah pekerja kafeteria lelaki Indonesia yang mengalami kecederaan ringan.

Kesemua sembilan mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di beberapa hospital berdekatan.

Mereka dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

Polis menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 11.40 pagi.

Letupan berlaku di kawasan penyelenggaraan bersebelahan kafeteria di tingkat empat bangunan universiti swasta itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur Hassan ‘As’ari Omar berkata pemeriksaan awal mendapati letupan berpunca daripada kebocoran gas penyaman udara.

Pasukan siasatan masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Dua ekor anjing Unit Pengesan K9 JBPM turut digunakan dalam operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories