the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Liabiliti kerajaan persekutuan RM390.4 bilion sehingga Jun 2025

Liabiliti kerajaan persekutuan meningkat kepada RM390.4 bilion sehingga Jun 2025, manakala hutang kerajaan mencecah RM1,304.2 bilion

KUALA LUMPUR: Jumlah liabiliti kerajaan persekutuan meningkat kepada RM390.4 bilion sehingga akhir Jun 2025 berbanding RM384.8 bilion pada akhir 2024.

Kementerian Kewangan menjelaskan jumlah liabiliti itu termasuk komitmen jaminan sebanyak RM237.1 bilion dan liabiliti lain sebanyak RM153.3 bilion.

Hutang kerajaan persekutuan pula berjumlah RM1,304.2 bilion sehingga akhir Jun 2025 berbanding RM1,247.6 bilion pada akhir 2024.

Peningkatan hutang itu susulan keperluan membiayai defisit fiskal bagi menampung perbelanjaan pembangunan.

“Pinjaman kerajaan digunakan secara berhemat dan berfokus untuk membiayai projek pembangunan strategik dalam bidang infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial,” menurut kementerian itu.

Pembiayaan ini berperanan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Kementerian menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam mengenai jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan terkini.

Bagi mengawal peningkatan hutang dan liabiliti, kerajaan melaksanakan pelbagai langkah pengurusan fiskal berterusan.

Langkah itu termasuk meneruskan konsolidasi fiskal secara beransur-ansur dan memperluas asas hasil.

Kerajaan juga mengoptimumkan perbelanjaan awam menerusi pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan RON95.

Rasionalisasi badan berkanun turut dilaksanakan bagi memastikan pengurusan kewangan yang mampan.

Pinjaman kerajaan hanya digunakan bagi membiayai projek pembangunan yang memberikan pulangan sosioekonomi jangka panjang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories