the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lima pelajar buli Zara Qairina hanya diberi amaran

Mahkamah Koroner diberitahu lima pelajar yang kata kesat kepada Zara Qairina hanya dapat amaran lisan dan rujukan kaunseling, tanpa penalti disiplin.

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa lima pelajar yang kali terakhir berjumpa dengan Zara Qairina Mahathir dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya hanya diberikan amaran lisan oleh pihak sekolah.

Setiausaha Unit Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Muliati Alihuddin, berkata mereka juga dirujuk kepada Guru Bimbingan Kaunseling.

Beliau yang merupakan saksi ke-56 dalam prosiding inkues berkata kesemua pelajar berkenaan tidak dikenakan mata penalti.

Ini kerana kes kematian Zara Qairina masih dalam siasatan polis dan kini di peringkat prosiding mahkamah.

Muliati turut mengesahkan pihak sekolah menerima aduan satu lagi kes buli pada September lepas.

Kes itu membabitkan seorang pelajar lelaki yang dikatakan ditampar dan ditendang.

Susulan aduan itu, dua pelajar lelaki telah digantung sekolah selama seminggu dan kemudian dirujuk kepada kaunselor.

Beliau menjelaskan hukuman gantung sekolah dikenakan kerana kes tersebut melibatkan sentuhan fizikal.

Manakala kes membabitkan lima pelajar itu tidak melibatkan sebarang sentuhan.

Saksi itu turut mengakui bahawa lima pelajar berkenaan telah melanggar peraturan sekolah.

Mereka mengadakan perjumpaan tanpa kebenaran serta mengeluarkan kata-kata kesat.

Ketika membacakan pernyataan saksinya, Muliati memaklumkan keluarga Zara Qairina enggan menjalankan bedah siasat.

Keluarga mahu menyegerakan pengebumian pada malam yang sama.

Perbualan itu didengarinya ketika berada di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.

“Saya dan seorang lagi cikgu mendengar, ibunya telah menghubungi perkhidmatan van jenazah,” katanya.

Beliau menambah dia hanya mengenali Zara Qairina ketika mengendalikan kes gangguan seksual yang dilaporkan pelajar itu pada Mac lepas.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Dia ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung esok.

Related

spot_img

Latest

Hong Kong’s first “Technology and Innovation Support Centre” officially commenced operation

The Hong Kong Technology and Innovation Support Centre (HKTISC), jointly recognised by CNIPA and WIPO, has commenced operation to offer patent search, IP training, and consultation services, strengthening Hong Kong’s innovation and IP commercialisation ecosystem.

Shopee 12.12 Birthday Sale reveals how Malaysians balanced festive shopping with smarter spending

The Shopee 12.12 Birthday Sale highlights evolving Malaysian shopping habits, showing how consumers prioritised everyday value, practical purchases, and interactive livestream shopping while preparing for year-end festivities.

Most Viewed

Gamble Tiki Burn Totally free! Report on the web Slot Video game

Set Incentives rather than Place Bonuses are two popular...
spot_img

Popular Categories