the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima Taman Rekreasi Madani di Selangor dijangka siap akhir tahun ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya lima Taman Rekreasi MADANI di negeri itu dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini sebagai usaha menyediakan ruang rekreasi komuniti yang lebih moden dan inklusif.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata proses pembangunan sedang dijalankan secara berperingkat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di beberapa lokasi dikenal pasti antaranya Sepang dan Kuala Langat.

“Saya yakin sampai akhir tahun ini Taman Rekreasi MADANI yang boleh siap dalam tiga hingga lima, dan saya yakin PBT mereka dah bersiap sedia tentang pelaksanaan taman ini.

“Kami mahu Taman Rekreasi MADANI yang dilaksanakan itu ada ciri-ciri Kita Selangor. Kami nak pastikan setiap komuniti akan ada satu kemudahan yang lebih lengkap,” katanya pada majlis pelancaran 88 pameran sempena sasaran lapan juta pelancong ke Selangor semasa Pameran MATTA di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata taman rekreasi itu juga bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk akses Wi-Fi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling berkata inisiatif Taman Rekreasi MADANI juga dijangka mampu membantu merancakkan lagi kemasukan pelancong ke negeri itu terutamanya ekopelancongan.

“Kami memang fokus untuk mempromosikan ekopelancongan dan agropelancongan di Selangor… kami nampak sekarang kerajaan negeri memang memberikan perhatian kepada semua pembangunan lestari dan kemampanan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chua berkata setakat separuh pertama 2025, Selangor menerima 4.14 juta kedatangan pelancong iaitu bersamaan 51 peratus daripada lapan juta pelancong yang disasarkan menjelang penghujung 2025, dan antara lokasi tumpuan adalah di kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

“Sekarang memang kami mempromosikan pakej-pakej di bawah Geopark Gombak-Hulu Langat seperti Batu Caves dan Gua Damai. Di kawasan Hulu Selangor kami juga ada aktiviti seperti paragliding dan water rafting,” katanya.

Terdahulu, Tourism Selangor turut melancarkan koleksi eksklusif sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) iaitu setem khas dengan kerjasama Pos Malaysia dan koleksi seramik istimewa bersama Bangkita Ceramic Studio, produk industri kecil dan sederhana (IKS) milik anak Selangor yang dibawakan khas dari Kuala Langat- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings