Thursday, November 6, 2025
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

LKIM tangguh subsidi diesel, senarai hitam 119 kapal bot nelayan

The Sun Webdesk

LKIM tangguh subsidi diesel dan senarai hitam 119 kapal bot nelayan bagi tangani ketirisan, dengan kuota terhad 70 juta liter sebulan

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil tindakan tegas dengan menangguhkan pemberian subsidi diesel dan menyenarai hitam 119 kapal dan bot nelayan setakat Ogos lepas.

Tindakan itu antara usaha menangani isu ketirisan bahan bakar tersebut.

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sejak 2019, kerajaan juga mengehadkan kuota diesel bersubsidi bagi sektor nelayan kepada 70 juta liter sebulan.

Kuota sebelumnya adalah 80 juta liter sebulan pada tahun 2018.

Beliau berkata kuota itu membolehkan nelayan pesisir pantai, nelayan Zon A, Zon B dan Zon C mendapat manfaat bekalan diesel bersubsidi pada kadar RM1.65 seliter.

“Bagaimanapun, nelayan laut dalam Zon C2 tidak layak untuk mendapat diesel bersubsidi memandangkan mereka merupakan nelayan komersial yang lazimnya mempunyai kekuatan kewangan kukuh,” katanya.

“Ia juga merupakan satu usaha kerajaan untuk menangani isu ketirisan minyak diesel terutama di perairan laut dalam.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan daripada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang membangkitkan mengenai isu ketirisan subsidi diesel.

Selain itu, Amir Hamzah berkata kerajaan melalui LKIM telah membangunkan aplikasi MyIsytihar sejak 2024 sebagai langkah kawalan.

Aplikasi itu memastikan nelayan yang menerima subsidi diesel membuat pengisytiharan tangkapan hasil laut kepada LKIM.

Beliau berkata pelbagai operasi penguatkuasaan terus diperkasakan dengan kerjasama strategik agensi penguatkuasaan.

Operasi bersepadu dilaksanakan bagi memperkukuh kawalan di sempadan serta mengekang aktiviti penyeludupan melalui laluan darat dan laut.

Menyentuh kesan penyasaran subsidi diesel kepada pesawah dan petani, Amir Hamzah berkata 180,000 petani, penternak dan pekebun kecil mendapat manfaat daripada Bantuan Tunai Budi Agrikomoditi.

Jumlah bayaran sehingga RM350 juta setakat 30 September 2025.

Bantuan tersebut meliputi sumbangan RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada golongan petani, penternak, pekebun kecil yang berdaftar dengan kementerian berkaitan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

HKSTP Manifesting 20 Latest BFSI Tech and Translation of R&D at Hong Kong FinTech Week x StartmeupHK Festival 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) brought the HKSTP Pavilion to the Hong Kong FinTech Week x StartmeupHK Festival 2025, where tech showcase of 20 park companies, signing of an MoU, panel discussions among industry leaders, and business matching sessions for startups and partners to pair innovation and investment, made a lineup that celebrates the developments transforming the Banking, Financial Services, and Insurance (BFSI) sector, and echoes with the city's role not only as an international finance centre, but also as a sprouting I&T hub.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img