the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MA rancang program khas maksimumkan potensi Grace Wong selepas emas SEA Games

Olahraga Malaysia akan bincang dengan MSN untuk rangka program latihan khas bagi Grace Wong, sasarkan Sukan Asia dan Komanwel 2026

BANGKOK: Kejayaan atlet baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei merangkul pingat emas dan memecahkan rekod temasya sebanyak empat kali pada Sukan SEA 2025 di sini adalah pencapaian besar yang tidak boleh dipandang ringan.

Presiden Olahraga Malaysia (MA) Datuk Karim Ibrahim berkata kejayaan Grace yang memecahkan rekod dan mencatatkan balingan melebihi jarak 65 meter (m) membuktikan atlet itu memiliki potensi besar untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata MA akan membawa perkara itu ke perhatian Majlis Sukan Negara (MSN) bagi merangka satu program terbaik untuk Grace dengan sasaran jangka sederhana merangkumi Sukan Asia 2026 dan Sukan Komanwel 2026 sebelum menyasarkan Kejohanan Dunia pada 2027.

“Ini satu pencapaian (yang jarang) di peringkat Sukan SEA dan juga Asia. Beliau (Grace) telah memecahkan rekod sebanyak empat kali dan terus mengatasi catatan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2022 (64.14m), jadi kami ada perancangan khas untuk beliau supaya mewakili Malaysia pada Sukan Asia.

“Kami masih ada masa dan beliau ada dua kejohanan besar iaitu Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Saya yakin pada 2027 beliau mampu beraksi pada Kejohanan Dunia. Bagi saya, ini satu kejutan bukan sahaja kepada Sukan SEA tetapi negara-negara Asia,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Pada saingan di Stadium Suphachalasai semalam, Grace menampilkan aksi luar biasa apabila memenangi pingat emas dan membaharui rekod temasya sebanyak empat kali.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu memulakan aksi dengan balingan sejauh 63.34m untuk memadam rekod temasya miliknya 61.87m, yang dicipta pada edisi 2023 di Kemboja.

Beliau kemudian mencipta rekod baharu temasya dan memadam rekod kebangsaan 63.53m yang dilakukannya pada kejohanan Olahraga Malaysia di Kangar, Perlis pada Ogos lepas setelah melakukan 63.83m dalam balingan kedua.

Percubaan ketiga beliau menghadiahkan satu lagi rekod temasya dan kebangsaan dengan catatan 65.09m sebelum Grace melengkapkan dominasi dengan lontaran keempat 65.41m untuk sekali lagi membaharui kedua-dua rekod itu dan membantunya mengesahkan kilauan emas.

Kejayaan semalam adalah emas keempat Grace dalam acara baling tukul besi pada Sukan SEA selepas meraihnya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja.

Karim berkata sebagai penghargaan, MA akan memberikan imbuhan berjumlah RM4,000 kepada Grace atas pencapaian itu.

Mengulas mengenai program latihan Grace di China, Karim berkata program itu akan diteruskan memandangkan pendedahan terhadap kejohanan dan atlet bertaraf dunia di negara itu amat penting untuk perkembangan prestasi atlet.

“Apabila kita ada pencapaian dan keputusan yang baik, tidak salah untuk diteruskan. Saingan di China sangat kompetitif dan bertaraf dunia, jadi kami mahu teruskan latihan di sana,” katanya.

Dalam pada itu, Karim berkata MA turut komited mencari jalan penyelesaian bagi memastikan sokongan menyeluruh kepada Grace dan atlet lain, termasuk menghantar mereka ke beberapa kejohanan antarabangsa yang relevan, dengan sasaran memecahkan rekod lebih awal sama ada pada Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan SEA 2027. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings