the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan

KUCHING: Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sarawak pada 9 Sept lepas yang melibatkan peringkat Persekutuan dan negeri juga menunjukkan perkembangan positif antaranya peningkatan taraf fasiliti kesihatan dan klinik kesihatan daif dan projek rintis fasiliti kesihatan Sarawak.

“Mesyuarat berkenaan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. Pelbagai isu telah dibincangkan yang telah menunjukkan perkembangan positif.

“Namun demikian, masih banyak lagi perkara yang akan terus kita bincangkan dan harap dapat dicapai banyak lagi persetujuan,” katanya ketika menjawab soalan Billy Sujang (GPS-Opar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Billy bertanyakan tentang status terkini Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya berkaitan dengan autonomi Sarawak terhadap pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Menyentuh mengenai autonomi negeri terhadap pendidikan, Sharifah Hasidah berkata kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan 10 tuntutan negeri berkaitan pentadbiran pendidikan, seperti yang telah dipersetujui pada peringkat pusat.

“Antara tuntutan yang menjadi penting dan utama serta diluluskan kepada kerajaan Sarawak ialah perwakilan kuasa meluluskan projek yang dibiayai kerajaan Sarawak atau mana-mana pihak lain selain kerajaan Persekutuan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak,” katanya.

Pada September lepas, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan kementerian itu bersetuju sepenuhnya dengan 10 tuntutan dikemukakan termasuklah usaha mengukuhkan penglibatan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD).

Antara tuntutan lain ialah kebenaran kepada kerajaan Sarawak untuk mengambil guru Contract of Service, namun masih tertakluk kepada pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan; menetapkan peruntukan masa Pendidikan Islam tidak mengganggu masa mata pelajaran yang lain terutamanya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta perkongsian data pendidikan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings