the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 26, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mahkamah tetapkan 17 hari bicara kes rasuah RM500,000 setahun

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tetapkan 17 hari untuk bicara kes pengarah syarikat didakwa tawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 17 hari untuk perbicaraan kes seorang pengarah syarikat yang didakwa menawarkan suapan.

Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh perbicaraan bermula pada 7 Mei selepas dipersetujui oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tarikh sebutan kes pula ditetapkan pada 18 Mac ini untuk pihak pendakwaan menyerahkan senarai saksi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Elyza Amira Habeeb Rahman turut memaklumkan status rayuan pihak pembelaan di Mahkamah Tinggi akan diberitahu pada tarikh sebutan itu.

Pendengaran rayuan berkenaan dijadualkan pada 6 Mac ini.

Pihak pembelaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan kes dibicarakan bersama.

Pada 5 April 2023, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 52, didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay sebagai dorongan kepada Annuar Musa.

Tawaran itu adalah untuk mempercepat proses pengambilalihan pengurusan serta pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh Hydroshoppe Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai hingga Ogos 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta SPRM 2009.

Hukuman maksimum ialah penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Hydroshoppe turut berdepan pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan tertuduh.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009.

Hukuman ialah denda tidak kurang 10 kali ganda nilai suapan atau RM1 juta, atau penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Southco expands Southeast Asia footprint with Chon Buri facility opening

Southco has expanded its presence in Southeast Asia with the opening of a new manufacturing facility in Chon Buri, Thailand, supporting regional growth and enhanced production capabilities.

AsiaInfo and ABB Robotics Launch “Embodied Intelligence Laboratory”

AsiaInfo Technologies and ABB Robotics have established the Embodied Intelligence Laboratory to advance Physical AI research and accelerate the deployment of intelligent automation solutions in real-world industrial scenarios.
spot_img

Popular Categories