the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis musnahkan 37 jeti haram di Sungai Golok

Operasi berterusan di sempadan Kelantan-Thailand robohkan 37 jeti haram setakat ini, sasar 96 struktur dikenal pasti untuk dimusnahkan menjelang Mac.

KOTA BHARU: Polis Kelantan telah memusnahkan 37 jeti haram di sepanjang tebing Sungai Golok berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata operasi perobohan berperingkat itu adalah usaha memperkukuh kawalan keselamatan sempadan.

“Perobohan jeti ini adalah sebahagian daripada usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan yang dijalankan secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata 37 jeti yang telah dimusnahkan itu merupakan sebahagian daripada 96 jeti haram berstruktur yang dikenal pasti.

Kerja-kerja pengenalpastian bermula pada pertengahan 2025 sebelum operasi pemusnahan dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, terdapat 223 jeti pangkalan haram di sepanjang sempadan dari Tumpat hingga Jeli.

Daripada jumlah itu, 216 jeti dibina di atas tanah kerajaan manakala tujuh lagi di tanah persendirian penduduk.

“Kita akan meneruskan baki perobohan selepas peruntukan diterima daripada kerajaan Persekutuan,” kata Mohd Yusoff.

Beliau menjangkakan kesemua 96 jeti haram yang dikenal pasti akan dimusnahkan menjelang Mac ini.

Pemusnahan jeti haram itu diharap dapat membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan dengan lebih berkesan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings