the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mahkamah tinggi tetapkan 26 Jan keputusan tangguh ganti rugi keluarga Raymond Koh

Mahkamah Tinggi tetapkan 26 Jan untuk keputusan permohonan kerajaan tangguh bayaran ganti rugi RM37 juta kepada keluarga Pastor Raymond Koh.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 Jan untuk keputusan permohonan kerajaan menangguhkan pelaksanaan bayaran ganti rugi lebih RM37 juta kepada keluarga Pastor Raymond Koh.

Hakim Mahazan Mat Taib menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Peguam Kanan Persekutuan Nurul Farhana Khalid yang mewakili kerajaan dan PDRM memberitahu mahkamah defendan tidak menolak untuk membuat bayaran tetapi hanya memohon penangguhan sementara.

Beliau berkata permohonan itu dibuat sambil menunggu pendengaran rayuan mereka terhadap penghakiman tersebut di Mahkamah Rayuan.

“Ini bukan isu kami (kerajaan) tidak mahu mematuhi penghakiman itu,” katanya.

Nurul Farhana menghujahkan kes itu melibatkan kehilangan seorang pastor dan jumlah ganti rugi yang besar, wajar diberikan pertimbangan untuk penangguhan.

Beliau juga berkata permohonan itu tidak memprejudiskan plaintif kerana difailkan tanpa kelewatan tidak wajar.

Peguam bagi pihak isteri Koh, Datuk Jerald Gomez, bagaimanapun membantah permohonan penangguhan itu.

Jerald berkata tiada permohonan dibuat dalam tempoh lebih sebulan selepas penghakiman dibuat pada 5 November 2025.

“Permohonan ini hanya cubaan untuk melengah-lengahkan dan menghalang pihak yang berjaya daripada menikmati hasil tindakan undang-undang mereka sehingga rayuan diputuskan,” katanya.

Permohonan penangguhan itu difailkan pada 17 Disember tahun lepas.

Pada 5 November 2025, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Tiang Joo memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi lebih RM37 juta kepada Susanna Liew Sow Yoke.

Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada hari berikutnya.

Liew memfailkan saman itu terhadap polis dan kerajaan berhubung kehilangan suaminya serta cara pihak berkuasa menyiasat kes tersebut.

Raymond Koh dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bertopeng ketika memandu di Kelana Jaya pada 13 Februari 2017.

Related

spot_img

Latest

Myanmar man jailed 13 years for running fake passport syndicate

A Myanmar national was sentenced to 13 years and seven months in jail for possessing forged passports and UNHCR cards, highlighting a crackdown on document forgery syndicates.

FMOS resolves over 2,200 financial disputes, saving consumers RM1.24 million

Financial Markets Ombudsman Service has resolved 2,268 complaints since its launch, including 83 health insurance cases that saved consumers an estimated RM1.24 million in potential legal costs.

Most Viewed

Chubb Life Hong Kong hosts Australian Open 2026 viewing party at Taikoo Place

Chubb Life Hong Kong invites tennis fans and the wider community in Hong Kong to experience the excitement of the Australian Open 2026 at a viewing party, taking place at Taikoo Place, Quarry Bay, from January 30 to February 1, 2026.
spot_img

Popular Categories