the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia alu-alukan resolusi UNGA tentang obligasi Israel di Wilayah Palestin yang diduduki

Malaysia sambut baik resolusi yang disokong 139 negara, tegakkan pendapat nasihat ICJ mengenai obligasi Israel di Palestin

KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan Resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 12 Dis yang memperakukan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bertarikh 22 Okt 2025 mengenai obligasi Israel terhadap PBB, organisasi antarabangsa lain dan negara-negara ketiga di Wilayah Palestin yang diduduki (OPT). 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri berkata resolusi yang diterajui oleh negara-negara sepemikiran, termasuk Malaysia menegakkan undang-undang antarabangsa dan menzahirkan komitmen kolektif masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan sepenuhnya dan dengan segera dapatan ICJ dalam Pendapat Nasihat itu. 

Resolusi itu menerima sokongan padu daripada negara anggota PBB dengan meraih 139 undi. 

Malaysia menuntut Israel untuk mematuhi semua obligasinya di bawah undang-undang, termasuk memastikan saluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin tanpa sekatan terutamanya oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), organisasi antarabangsa dan negara anggota PBB, melindungi hak mutlak rakyat Palestin dan menghormati keistimewaan dan kekebalan PBB.

“Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi memastikan penyelesaian yang adil, menyeluruh dan berkekalan untuk Palestin, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan,” menurut kementerian. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories