the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia antara negara dengan kadar internet termurah di dunia

Malaysia antara 10 negara dengan kadar internet termurah pada 2 sen per GB, kata Fahmi Fadzil di Azerbaijan, dengan 5G terpantas ASEAN

BAKU: Malaysia mempunyai antara kadar Internet termurah bagi setiap gigabait sekali gus mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan akses digital yang inklusif dan mampu milik untuk rakyat, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Malaysia juga berjaya melaksanakan rangkaian 5G pada kadar yang sangat pantas dan hasilnya, negara kini mempunyai rangkaian 5G terpantas di Asia Tenggara serta kedua terpantas di rantau Asia Pasifik selepas Korea Selatan.

“Kita adalah antara 10 negara yang kadar Internetnya bagi setiap gigabait berharga sekitar 2 sen.

“Sebelum ini, saya rasa kita jarang sekali menyaksikan situasi di mana syarikat-syarikat telekomunikasi duduk bersama dan mencapai satu bentuk konsensus,” katanya ketika menghadiri Majlis Bersama Diaspora Malaysia di Rumah Malaysia di sini pada Ahad.

Menteri berkenaan berada di sini dari 16 hingga 19 Nov bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25).

Fahmi berkata penyertaan beliau pada persidangan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan kerusi Malaysia dalam Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030 susulan pengumuman pencalonan semula negara ke majlis tersebut pada Julai lepas.

Beliau turut memaklumkan diaspora Malaysia mengenai kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada Oktober lepas, serta menegaskan bahawa ia telah menonjolkan kekuatan diplomatik negara.

“Saya rasa kita telah berjaya mengubah persepsi masyarakat bukan sahaja terhadap Malaysia tetapi juga ASEAN. Sebagai sebuah rantau yang mempunyai 660 juta penduduk, ASEAN adalah satu setengah kali lebih besar daripada Kesatuan Eropah. 

“Kita juga mempunyai masa depan yang cerah sekiranya kita kekal bersatu, membina komuniti ASEAN serta memastikan keamanan dan kestabilan dalam rantau ini,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Penasihat Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Ahmad Kamrizamil Mohd Riza.

Sementara itu, Ahmad Kamrizamil dalam ucapannya berkata penyertaan Fahmi pada WTDC-25 membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Azerbaijan.

“Persidangan itu bukan sahaja memberi peluang untuk mebincangkan isu-isu strategik tetapi juga memperluas kerjasama dalam bidang komunikasi, teknologi dan digital,” katanya.

Kelvin Chong, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Azerbaijan selama 18 tahun, pula menzahirkan keterujaannya mengenai majlis itu dan berkata beliau tidak sabar menantikan peluang untuk bertemu dengan menteri berkenaan serta mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terkini negara.

“Beliau berkongsi dengan kami banyak maklumat dan perkembangan terbaharu. Negara (Malaysia) semakin maju dan kami amat bangga serta gembira dengan perkara itu,” kata cef berkenaan yang juga pengasas Culinary Arts Centre of Azerbaijan (CASA).

Chong juga berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan datang ke Azerbaijan untuk menikmati keindahan negara itu dan mengenali budayanya dengan lebih dekat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings