the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia perlu keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan, kata PM

PM Anwar Ibrahim tekankan keperluan Malaysia keluar perangkap pendapatan pertengahan melalui ekonomi bernilai tinggi berasaskan teknologi dan digital

BUKIT MERTAJAM: Malaysia perlu keluar daripada perangkap negara berpendapatan pertengahan dengan menetapkan hala tuju yang jelas ke arah ekonomi bernilai tinggi berasaskan teknologi dan digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata asas ekonomi negara kini semakin kukuh maka momentum itu perlu disusuli dengan pelaksanaan dasar transformasi digital secara menyeluruh termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan melalui pembangunan bandar pintar.

“Apabila negara ini sudah meletakkan asas ekonomi yang lebih meyakinkan, ia kena disusuli dengan hala tuju yang jelas supaya Malaysia tidak lagi terperangkap sebagai negara pertengahan ataupun pendapatan pertengahan yang disebut middle income trap

“Kita lihat perkembangan negara lain, ia maju, kemudian tersangkut di satu peringkat… sebab itu, kita merangka beberapa dasar dalam pelan perindustrian dan transformasi digital,” katanya ketika berucap pada  Majlis Perasmian Seberang Perai Aspire Centre dan Santuni  Komuniti di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Datuk Bandar MBSP Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia kini muncul sebagai destinasi pelaburan utama dalam sektor teknologi tinggi termasuk semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI) dengan syarikat global seperti Infineon Technologies, Nvidia Corporation serta Google memilih negara ini sebagai pusat serantau dan pelaburan. 

Beliau berkata perkembangan itu meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik namun memerlukan lonjakan keupayaan modal insan melalui latihan kemahiran, peningkatan kemahiran dan pemahiran semula bagi memastikan rakyat dapat memanfaatkan peluang yang wujud.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata Pulau Pinang mempunyai kelebihan dari segi ekosistem perindustrian khususnya dalam sektor semikonduktor, dan MBSP adalah antara majlis perbandaran terawal yang mengambil inisiatif menterjemahkan konsep bandar pintar walaupun berdepan kekangan kewangan.

Beliau juga berkata prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan termasuk pengukuhan nilai ringgit, peningkatan pelaburan dan perdagangan mencecah RM3 trilion mencerminkan keyakinan serta komitmen rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Terdahulu, Anwar merasmikan Seberang Perai ASPIRE Centre (SPACE) yang juga pusat operasi bersepadu MBSP dalam memperkukuh pengurusan bandar pintar melalui integrasi data, sistem aduan pintar, pemantauan trafik, keselamatan awam serta pengurusan perkhidmatan bandar secara masa nyata.

SPACE ditubuhkan sebagai pusat operasi bersepadu MBSP yang menyokong pengurusan bandar pintar serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selain berfungsi sebagai platform utama penyelarasan operasi bandar secara sistematik dan berasaskan teknologi terkini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings