the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sedia perkukuh kerjasama dalam bidang halal di benua Afrika – PM Anwar

PM Anwar Ibrahim bertemu pemimpin Islam Afrika Selatan, memperkukuh pembangunan halal & ummah serta menyerahkan sumbangan al-Quran khas

JOHANNESBURG: Malaysia bersedia memperkukuh kerjasama dalam bidang halal dengan negara-negara Afrika termasuk pembangunan pensijilan halal serta kapasiti yang mampu memberi nilai tambah kepada komuniti Islam setempat. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara demikian dinyatakan beliau dalam satu pertemuan bersama para pemimpin Islam Afrika Selatan di sini.

“Memulakan program hari ini dengan sesi libat urus bersama pimpinan Islam Afrika Selatan, pertemuan yang membuka ruang bermakna untuk kami berbincang, bertukar pandangan serta mengenal pasti usaha-usaha bagi memperkukuh pembangunan ummah. 

“Sebagai lambang persaudaraan, saya turut menyerahkan sumbangan senaskhah al-Quran edisi khas beserta rehal, selain empat kotak al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dan bertajwid,” kata beliau menerusi satu hantaran di laman media sosial selepas pertemuan tersebut.

Anwar berada di sini sempena lawatan kerja empat hari bermula semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 sebagai tetamu Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa.

Perdana Menteri diundang menghadiri sidang kemuncak berkenaan yang bermula esok sehingga 23 November atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa, para pegawai kanan kerajaan serta delegasi perniagaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings