the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Singapura dan Indonesia bincang kerjasama tiga hala JS-SEZ

Tiga negara ASEAN mulakan perbincangan kerjasama tiga hala melibatkan JS-SEZ dan Kepulauan BBK Indonesia untuk tarik pelaburan serantau

KUALA LUMPUR: Malaysia, Singapura dan Indonesia telah memulakan perbincangan kerjasama tiga hala berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan perkembangannya selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura dan Indonesia.

Beliau berkata mereka bersetuju negara terbabit perlu meneliti segala perincian sebelum dibincangkan secara rasmi.

“Kita masih menunggu pegawai kanan untuk meneliti peluang serta membincangkannya secara rasmi,” katanya pada sidang media prestasi MITI suku ketiga 2025.

Tengku Zafrul menekankan bahawa kajian mendalam masih diperlukan sebelum sebarang keputusan muktamad.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang garis masa bagi memuktamadkan perbincangan tersebut.

Pada 24 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong menyatakan negara itu sedang meninjau kerjasama tiga hala dengan Malaysia dan Indonesia.

Kerjasama ini bertujuan menarik pelabur dan perniagaan ke JS-SEZ serta Kepulauan Batam, Bintan dan Karimun (BBK).

JS-SEZ merupakan inisiatif kerjasama antara Malaysia dan Singapura bagi memacu pertumbuhan ekonomi rentas sempadan.

Manakala BBK pula merupakan wilayah ekonomi khas di Indonesia dengan Singapura sebagai pelabur utama.

Kawasan JS-SEZ meliputi zon pembangunan utama seperti Iskandar Malaysia, Forest City dan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang.

Jumlah keluasan kawasan JS-SEZ dianggarkan kira-kira 357,128 hektar.

Wilayah Iskandar Malaysia merangkumi kawasan strategik seperti Pusat Bandar Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang.

Kawasan zon utama ini akan menumpukan projek daripada pelbagai sektor penting ekonomi serantau. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings