the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tamatkan kemarau 34 tahun, tewaskan Thailand dalam sepak takraw regu

Skuad sepak takraw Malaysia mencipta sejarah dengan merampas emas acara regu berpasukan Sukan SEA 2025, menewaskan Thailand di gelanggang sendiri

CHONBURI: Kemarau kejuaraan regu berpasukan lelaki sepak takraw Malaysia selama 34 tahun akhirnya berakhir.

Skuad negara menundukkan musuh tradisi, Thailand 2-1 pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Gimnasium Nakhon Pathom.

Kejayaan bersejarah itu menamatkan penantian sejak kali terakhir Malaysia menjulang gelaran pada Sukan SEA 1991 di Manila.

Ia juga memadam dominasi Thailand yang menjadi penghalang utama negara sepanjang lebih tiga dekad.

Dalam aksi mendebarkan, regu pertama negara tewas kepada Thailand dengan keputusan 9-15, 15-11, 13-15.

Bagaimanapun, regu kedua negara bangkit menyuntik semangat kebangkitan dengan kemenangan 17-14, 15-13 untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Momentum itu diteruskan dalam set penentuan apabila regu ketiga negara tampil tenang memastikan kemenangan milik Malaysia.

Regu ketiga menewaskan pasangan Thailand 15-13, 15-11 untuk mengesahkan pingat emas.

Kemasukan Zarif Marican Ibrahim pada penghujung perlawanan turut memberi impak penting sebelum Malaysia mengesahkan kejuaraan.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan nyata gembira dengan persembahan anak buahnya.

“Hari ini tercipta lagi satu sejarah sepak takraw negara selepas 34 tahun kita menunggu untuk muncul juara acara berpasukan,” katanya.

Beliau menambah kemenangan itu lebih manis kerana berlaku di bumi Thailand dan berjaya menewaskan mereka.

“Ia adalah satu kejayaan dramatik. Semua menangis hari ini – penyokong, pemain, malah saya sendiri turut menitiskan air mata,” ujarnya.

Mohd Sumali berkata beliau sempat menitipkan pesanan kepada barisan pemain supaya menamatkan badi ke atas Thailand.

“Saya minta mereka ‘reset’ dalam kepala, bermain seolah-olah tiada kekalahan sebelum ini,” katanya.

Beliau menekankan keperluan pemain menunjukkan semangat juang tinggi, kesungguhan dan prestasi maksimum. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hometown Hainan Coffee to invest RM50m, eyes nationwide expansion

Buoyed by strong local and tourist demand for authentic Malaysian cuisine, Hometown Hainan Coffee is set to open 20 additional outlets across the country as part of a RM50 million expansion strategy over the next five years.
spot_img

Popular Categories