the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKM siap siaga hadapi peningkatan mangsa banjir di PPS

JKM siap siaga di semua negeri, lapan PPS beroperasi dengan 219 mangsa, bekalan bantuan dilaporkan mencukupi

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap negeri berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kehadiran JKM di setiap daerah membolehkan tindakan bantuan dilaksanakan dengan segera.

“Semua pihak berkaitan telah diminta untuk bersiaga sepenuhnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Ceria Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Sumbangan Back to School Sesi Persekolahan 2026 di sini.

MetMalaysia sebelum ini meningkatkan amaran hujan lebat berterusan kepada peringkat jingga bagi beberapa negeri di pantai timur Semenanjung.

Nancy berkata setakat 4.30 petang tadi sebanyak lapan PPS beroperasi di lima negeri di seluruh negara.

Pusat pemindahan itu melibatkan 219 mangsa daripada 93 keluarga.

JKM telah mengambil tindakan segera termasuk pembukaan PPS dan pendaftaran mangsa secara kendiri menerusi sistem MyIBJKM.

Agensi itu juga melaksanakan pengagihan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir.

“Bekalan bantuan dilaporkan mencukupi bagi menampung keperluan semua mangsa yang ditempatkan di PPS,” tambahnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings