the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tamatkan kepengerusian ASEAN 2025 dengan kejayaan

KUALA LUMPUR: Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan semangat perpaduan, kesabaran dan kepimpinan yang mantap.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan blok serantau itu bukan sahaja diukur menerusi pemeteraian dokumen sebaliknya disiplin untuk bertindak dengan sabar.

Beliau menyatakan Malaysia gembira melihat berlakunya perbincangan dalam kalangan rakan kongsi dan kuasa di luar.

Anwar turut mengakui bahawa tidak semua krisis dapat diselesaikan dalam satu tempoh kepengerusian malah satu generasi.

Perdana Menteri yakin terhadap kemampuan Filipina selaku Pengerusi ASEAN yang baharu.

Malaysia hari ini secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina secara simbolik.

Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada semua negara anggota, rakan dialog serta Sekretariat ASEAN atas kerjasama sepanjang tempoh Malaysia menerajui badan serantau berkenaan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat atas kesabaran dan keramahan mereka sepanjang tahun ini.

Dua pencapaian penting menandakan kejayaan sepanjang kepengerusian ini iaitu kemasukan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN serta pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Kemboja dan Thailand.

Sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967, ini kali kelima Malaysia menggalas tanggungjawab selaku pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hong Kong High Court Convicts Lai Chee-Ying of Collusion to Endanger National Security

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 December 2025 - The Court of First Instance of the High Court of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) today (December 15) convicted Lai Chee-ying and three associated companies (Apple Daily Limited, Apple Daily Printing Limited, and AD Internet Limited) in a case involving a total of three charges of offences endangering national security.
spot_img

Popular Categories