the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan UAV tempatan – TPM Ahmad Zahid

SHANGHAI: Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China, termasuk pertukaran dan perkongsian kepakaran serta teknologi dalam bidang tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama antara MARA Aerospace & Technologies Sdn Bhd dan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co Ltd, syarikat ketiga terbesar dalam teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) di China, akan membolehkan Malaysia menghasilkan teknologi itu.

Beliau berkata teknologi itu banyak digunakan dalam bidang pertanian dan kawasan sempadan, justeru, langkah kerjasama itu membolehkan Malaysia menghasilkan teknologi UAV bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Sebagai permulaan, syarikat ini akan memindahkan teknologi ini kepada University Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) di Sepang untuk melatih pelajar dalam pembuatan UAV selain akan mulakan pemasangan pertama UAV pada bulan depan dengan sasaran penghasilan awal sebanyak 3,000 unit setahun.

“Pada tahun hadapan, syarikat ini akan melabur RM100 juta untuk membuka premis kekal bagi melatih pelajar dalam bidang TVET,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) berkenaan di bandar itu di sini, hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings