the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 30, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa banjir meningkat di Perak, Pahang dan Selangor

Mangsa banjir meningkat di Perak, Pahang dan Selangor dengan 6,420 dan 1,390 mangsa masing-masing, manakala enam negeri lain menunjukkan pemulihan

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di tiga negeri, iaitu Perak, Pahang dan Selangor mencatatkan peningkatan pagi ini, manakala situasi di enam negeri lain menunjukkan perkembangan positif apabila lebih ramai pulang ke kediaman masing-masing.

Di Perak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,420 orang daripada 1,917 keluarga berbanding 6,375 daripada 1,973 keluarga yang ditempatkan di 43 PPS di enam daerah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,961 orang, Perak Tengah (1,254), Bagan Datuk (861), Larut, Matang dan Selama (66) serta Muallim (16).

Di Pahang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,390 orang (468 keluarga) berbanding 1,272 orang (428 keluarga) malam tadi, membabitkan 37 PPS dibuka di enam daerah, iaitu Lipis (531 orang), Kuantan (371), Raub (233), Temerloh (117), Jerantut (75) dan Maran (63).

Sementara itu, Infopublic Banjir pula melaporkan lima sungai utama melebihi paras bahaya, iaitu Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut (53.09m), Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis (62.21 m), Sungai Triang di Jambatan Keretapi, Bera (34.85 m), Sungai Pahang di Waterfront, Bera (28.83 m) dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh (42.56 m).

Di Selangor, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,646 orang (1,042 keluarga) berbanding 3,473 orang (989 keluarga) malam tadi.

Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 35 PPS masih beroperasi di lima daerah, iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Klang.

Di Terengganu, cuaca yang baik menyaksikan jumlah mangsa menurun kepada 5,856 orang daripada 1,719 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 6,521 orang daripada 1,962 keluarga malam tadi.

InfoBencana JKM memaklumkan, daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu (1,507 orang), Marang (1,162), Kemaman (907 orang), Kuala Nerus (825 orang), Setiu (767 mangsa), Dungun (491 orang) serta Hulu Terengganu (197 orang) .

Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di dua stesen, iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman dan Sungai Paka di Kampung Luit (F2) melepasi paras bahaya.

Lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di tiga jajahan terjejas iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat 9.70 meter, melepasi tanda bahaya.

Sungai Pergau di Air Bol, Jeli berada pada paras 66.37 meter manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatat 22.64 meter, kedua-duanya pada paras amaran.

Di Kedah, bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 1,072 orang daripada 312 keluarga berbanding 1,817 mangsa semalam.

Kesemua mangsa dari Kubang Pasu dan Kota Setar ditempatkan di 11 PPS yang masih beroperasi.

Sungai Bata melepasi tahap bahaya pada paras 10.414 meter manakala Sungai Anak Bukit dan Sungai Kulim melepasi tahap waspada.

Jumlah mangsa banjir di Perlis menurun kepada 4,266 orang berbanding 4,635 mangsa semalam.

Kesemua mangsa dari Padang Besar, Arau dan Kangar ditempatkan di 18 PPS.

Angka terkini mangsa banjir di Negeri Sembilan menurun kepada 253 orang daripada 98 keluarga.

Mereka ditempatkan di tiga PPS di Mukim Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Jumlah mangsa di Melaka kekal 62 orang daripada 16 keluarga seperti semalam.

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, SK Ayer Jernih dan Balai Raya Kampung Seri Jeram. – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

MACC detains top environment officials in e-waste probe

Malaysian Anti-Corruption Commission arrests DOE director-general and deputy in a major investigation into alleged corruption and abuse of power in e-waste management.

DHL Supply Chain expands operations in Senai Airport City to support growing demand in industrial, logistics ecosystem

DHL Supply Chain Malaysia has commenced operations at its new Malaysia South Region Hub 2 in Senai Airport City, marking its second major logistics investment in Johor. The 18,660-square-metre facility, completed within a year, is fully occupied by key investors and strengthens DHL’s capacity to support advanced manufacturing and technology-driven supply chains in the region, while reinforcing Senai Airport City’s growing integrated industrial and logistics ecosystem.

Shopee Illustrates How Content Creators Help Malaysians Ring in CNY with Style

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 29 January 2026 - As Malaysians gear up for Chinese New Year, Shopee CNY Sale showcases how local content creators are helping shoppers celebrate the season with style, meeting evolving needs for trend-conscious, affordable, and easily curated festive looks.

DXN’s underlying growth stays strong despite currency headwinds

Excluding currency translation effects, the group recorded a strong normalised year-on-year growth of 14.5%, underpinned by robust local-currency demand across Latin America, India and the Middle East. While EBITDA and net profit moderated due to higher aircraft leasing costs and the absence of prior-year one-off gains, DXN maintained solid cash generation, declared dividends with a 59.5% payout ratio, and continued advancing its vertically integrated expansion strategy across Latin America to support long-term growth and supply chain resilience.
spot_img

Popular Categories