the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 24, 2025
26.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa banjir Pahang turun kepada 79 orang di empat PPS

Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 79 orang di empat pusat pemindahan, walaupun paras Sungai Pahang di Paloh Hinai masih bahaya.

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang menunjukkan penurunan kepada 79 orang daripada 27 keluarga yang masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.30 pagi ini.

Ini berbanding 86 mangsa daripada 29 keluarga yang berada di lima PPS pada petang semalam.

Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 14 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat di Kuantan.

Seramai 35 mangsa daripada enam keluarga pula masih berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian di Maran.

Di Pekan, 30 mangsa daripada 17 keluarga masih berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan Sekolah Kebangsaan Pulau Manis.

Laman web infobanjir melaporkan paras Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan masih melepasi tahap bahaya setakat 8 pagi ini.

Hujan lebat berterusan minggu lepas telah mengakibatkan beberapa daerah di Pahang dilanda banjir.

Mangsa yang dipindahkan ke PPS sebelum ini direkodkan melebihi 13,000 orang.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

New Opportunities in Southeast Asia’s Digital Shift: Thailand Emerges as the New ASEAN’s AI Hub

As the global AI race intensifies, Thailand is emerging as a new ASEAN AI hub, leveraging its geographic advantage and expanding data centre ecosystem to drive digital transformation, optimise regional connectivity and support latency-sensitive, next-generation applications.
spot_img

Popular Categories