the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa kebakaran Kampung Hilir terima pelbagai bantuan – Fatimah

SIBU: Kerajaan Negeri Sarawak telah menyalurkan pelbagai bantuan termasuk wang tunai keseluruhannya berjumlah RM149,750 kepada mangsa kebakaran di Kampung Hilir di sini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah termasuk bantuan awal yang diagihkan kepada 142 mangsa, sehari selepas kejadian itu.

Beliau berkata kebakaran yang berlaku pada 22 Sept lepas membabitkan 17 unit rumah dengan 15 daripadanya musnah sepenuhnya.

“Bantuan awal seperti makanan kering, peralatan dapur dan kelengkapan tidur telah diberi kepada ketua isi rumah di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Hari ini kita beri bantuan wang saku, pakaian harian, pakaian dan peralatan sekolah,“ katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek bantuan bencana kepada mangsa kebakaran di sini hari ini.

Beliau berkata peruntukan tersebut juga termasuk bantuan bahan binaan bernilai RM5,000 untuk setiap pemilik rumah yang 100 peratus musnah dalam kejadian itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings